Draf · disemak 13 Oktober 2026 · perlu disemak peguam sebelum pelancaran
Dialu-alukan
Idea, aduan dan kritikan terhadap dasar — termasuk dasar YB sendiri.
Tidak dibenarkan
Provokasi 3R (kaum, agama, raja), kebencian, ugutan, serangan peribadi, data peribadi orang lain, tuduhan tidak berasas, spam dan iklan.
Cara moderasi berfungsi
Penapis automatik dijalankan dahulu (senarai kata kesat BM, EN dan 中文, sekatan pautan, penyembunyian nombor peribadi, pengesanan pendua, tiga mesej setiap peranti sehari). Moderator kemudian menyemak setiap mesej seminggu sekali: lulus, tolak dengan kod sebab, atau tanda untuk susulan pusat khidmat.
Kod sebab
R1 provokasi 3R · R2 kebencian, ugutan atau gangguan · R3 data peribadi orang lain · R4 tuduhan fitnah atau tidak berasas terhadap individu dinamakan · R5 spam, iklan atau pautan · R6 di luar topik atau tidak boleh dibaca · R7 pendua · R8 kes peribadi segera: tidak diterbitkan, dikendalikan pusat khidmat.
Bahasa
BM, English dan 中文. Mesej Tamil diterima apabila ada moderator yang membaca Tamil.
